GKB KEMAHIRAN BELAJAR
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Mohd Nashuda Jamidin et.al:
Satu keupayaan/kecekapan yang
perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses,
dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pelajaran
seumur hidup.
Kepentingan kemahiran belajar:
Kepentingan kemahiran belajar:
- Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
- Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
- Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
- Memupuk disiplin kendiri pelajar.
- Melatih individu membaca dengan cepat dan tepat.
- Melatih individu mengumpul maklumat dengan cekap.
- Melatih individu memproses maklumat dengan berkesan.
- Meningkatkan daya ingatan seseorang.
- Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi seseorang.
- Membantu individu memperoleh kemahiran membuat rujukan di perpustakaan sekolah atau dari pelbagai sumber media massa di luar sekolah.
- Melatih individu untuk menghadapi cabaran pembelajarn dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
- Melatih dan membantu individu supaya dapat mengurus masa dengan sebaik-baiknya.
