Selasa, 8 Julai 2014


GKB KEMAHIRAN BELAJAR

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Mohd Nashuda Jamidin et.al:

Satu keupayaan/kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses, dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pelajaran seumur hidup.

Kepentingan kemahiran belajar:
  1. Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
  2. Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
  3. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
  4. Memupuk disiplin kendiri pelajar.
  5. Melatih individu membaca dengan cepat dan tepat.
  6. Melatih individu mengumpul maklumat dengan cekap.
  7. Melatih individu memproses maklumat dengan berkesan.
  8. Meningkatkan daya ingatan seseorang.
  9. Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi seseorang.
  10. Membantu individu memperoleh kemahiran membuat rujukan di perpustakaan sekolah atau dari pelbagai sumber media massa di luar sekolah.
  11. Melatih individu untuk menghadapi cabaran pembelajarn dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
  12. Melatih dan membantu individu supaya dapat mengurus masa dengan sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan